ANALISA JUMLAH SOALAN

Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati bahawa soalan-soalan UPSR setiap tahun akan melibatkan 5 topik yang berkaitan dengan 123 Box sekurang-kurangnya 25% daripada kertas 1 & 2. Namun begitu, pada tahun 2010, sebanyak 35% soalan yang telah dikemukakan daripada keseluruhan soalan Matematik UPSR. Ini bermakna, sekiranya murid telah menguasai kaedah menjawab soalan menggunakan 123 Box, mereka hanya perlu mempelajari beberapa formula bagi topik lain untuk mendapat sekurang-kurangnya lulus 40% markah. Secara tidak langsung, pencapaian 100% lulus bagi matapelajaran Matematik UPSR akan dapat dicapai setiap tahun.

Berikut merupakan jadual analisis jumlah soalan Matematik UPSR yang melibatkan 5 topik berkaitan 123 Box

KESALAHAN UMUM MURID


Berikut merupakan beberapa contoh kesalahan umum yang sering dilakukan oleh murid ketika menjawab soalan-soalan berkaitan. Penggunaan 123 Box merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk mengelakkan berlakunya kesalahan tersebut.

BENTUK KEJAYAAN

1. Pengurangan Kos Operasi
    Kos bahan yang digunakan untuk bahan 
    inovasi ini jauh lebih murah dan efektif.

2. Penjimatan masa
    Masa pengajaran dan pembelajaran akan dapat
    dipendekkan.

3. Peningkatan keberkesanan P & P
    Pencapaian murid-murid bagi kelima-lima
    topik menunjukkan peningkatan yang
    memberangsangkan.

4. Kepuasan hati guru dan murid
    Para guru serta murid jelas berpuas hati serta
    mengakui 123 Box’ memudahkan mereka
    memahami dan menguasai topik yang
    berkenaan.

5. Menyeronokkan
    Bahan ini yang berkonsepkan ala permainan
    menjadikan pembelajaran Matematik
    menyeronokkan.

OBJEKTIF PENGGUNAAN 123 BOX

1.   Membantu murid menguasai kemahiran penukaran unit dan penyelesaian  masalah yang melibatkan topik Time,Money,Length, Mass & Volume of Liquid.
2.   Membolehkan murid menyusun maklumat untuk menyelesaikan operasi asas.
3.   Mengelakkan berlakunya kecuaian sewaktu menjawab soalan yang melibatkan topik tersebut.

LATAR BELAKANG INOVASI

Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap soalan-soalan UPSR daripada tahun 2003-2009, didapati jumlah soalan berkaitan topik Time, Money, Length, Mass & Volume of Liquid adalah antara 25.0% hingga 33.3% daripada keseluruhan soalan kertas 1 dan 2. Oleh itu, untuk mendapat keputusan cemerlang UPSR bagi mata pelajaran Matematik agak sukar jika murid belum menguasai kemahiran penukaran unit ini.

       ‘123 Box’ merupakan inovasi yang menggunakan kaedah pengurusan grafik yang dapat menyelesaikan masalah di dalam lima topik utama Matematik sekolah rendah tersebut.Selain itu, ‘123 Box’ juga dapat membantu murid lebih memahami proses mendapatkan jawapan melalui lima operasi asas utama iaitu conversion,addition, subtraction, multiplication & division dan secara tidak langsung dapat menjawab soalan-soalan penyelesaian masalah (problem solving).

APA ITU ‘123 BOX’ ?


‘123 Box’ terdiri daripada tiga jenis kotak iaitu ‘1-1 Box’, ‘1-2 Box’ dan ‘1-3 Box’. Kotak-kotak tersebut digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik-topik:-

i. Wang
ii. Masa dan Waktu
iii. Timbangan Berat
iv. Ukuran Panjang
v. Isipadu Cecair

‘123 Box’ ini boleh digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan lima operasi asas di dalam mata pelajaran Matematik iaitu :-

i. Penukaran Unit
ii. Operasi Tambah
iii. Operasi Tolak
iv. Operasi Darab
v. Operasi Bahagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers