OBJEKTIF PENGGUNAAN 123 BOX

1.   Membantu murid menguasai kemahiran penukaran unit dan penyelesaian  masalah yang melibatkan topik Time,Money,Length, Mass & Volume of Liquid.
2.   Membolehkan murid menyusun maklumat untuk menyelesaikan operasi asas.
3.   Mengelakkan berlakunya kecuaian sewaktu menjawab soalan yang melibatkan topik tersebut.

LATAR BELAKANG INOVASI

Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap soalan-soalan UPSR daripada tahun 2003-2009, didapati jumlah soalan berkaitan topik Time, Money, Length, Mass & Volume of Liquid adalah antara 25.0% hingga 33.3% daripada keseluruhan soalan kertas 1 dan 2. Oleh itu, untuk mendapat keputusan cemerlang UPSR bagi mata pelajaran Matematik agak sukar jika murid belum menguasai kemahiran penukaran unit ini.

       ‘123 Box’ merupakan inovasi yang menggunakan kaedah pengurusan grafik yang dapat menyelesaikan masalah di dalam lima topik utama Matematik sekolah rendah tersebut.Selain itu, ‘123 Box’ juga dapat membantu murid lebih memahami proses mendapatkan jawapan melalui lima operasi asas utama iaitu conversion,addition, subtraction, multiplication & division dan secara tidak langsung dapat menjawab soalan-soalan penyelesaian masalah (problem solving).

APA ITU ‘123 BOX’ ?


‘123 Box’ terdiri daripada tiga jenis kotak iaitu ‘1-1 Box’, ‘1-2 Box’ dan ‘1-3 Box’. Kotak-kotak tersebut digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik-topik:-

i. Wang
ii. Masa dan Waktu
iii. Timbangan Berat
iv. Ukuran Panjang
v. Isipadu Cecair

‘123 Box’ ini boleh digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan lima operasi asas di dalam mata pelajaran Matematik iaitu :-

i. Penukaran Unit
ii. Operasi Tambah
iii. Operasi Tolak
iv. Operasi Darab
v. Operasi Bahagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers