KAEDAH BAHAGI BERPALANG

Assalamualaikum...

Bagi entri kali ini, saya ingin berkongsi kaedah terbaharu yang saya gunakan bagi operasi bahagi. Kaedah ini saya cipta pada tahun lepas dan telah diuji pada murid yang 'lemah'. Selepas 2 kali saya tunjukkan cara, murid ini telah dapat mengaplikasikannya dengan baik sekali. 
   Sehingga hari ini saya masih menggunakan kaedah ini pada murid-murid kelas belakang kerana mereka lebih memahami dan jelas. Namun begitu, bagi murid-murid yang cemerlang..lebih baik menggunakan kaedah 'short division' atau 'elimination method' kerana lebih praktikal dan cepat. 

Langkah 1:
   
     Seterusnya:
Seterusnya :

Akhirnya:


   Anda boleh mencuba kaedah ini sebagai alternatif kepada murid yang kurang menguasai kaedah pengiraan bahagi secara bentuk lazim biasa. SELAMAT MENCUBA...

SIJIL JOHAN GURU INOVATIF 2012 (KATEGORI KUMPULAN)


Kelmarin, satu majlis ringkas penyampaian sijil kepada para pemenang inovasi mengikut kategori masing-masing diadakan selepas pembentangan kepada pegawai-pegawai JPN Pahang. Pembentangan bertujuan untuk pemurnian dan persediaan sebelum dihantar penyertaan ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
   Harapan yang tinggi diletakkan kepada semua wakil negeri Pahang agar membawa kejayaan di peringkat kebangsaan. Moga ada rezeki untuk kami semua nanti membawa kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negeri Pahang..InsyaAllah.

'MIRACLE FINGERS' INOVASI TERKINI (sambungan)

Penggunaan 'Miracle Fingers' tidak terhad kepada penukaran unit melibatkan nilai 1000 sahaja. Ianya boleh dikembangkan kepada nilai 100, 60 dan sebagainya. Penukaran unit melibatkan pecahan bagi peratus, meter-cm & abad-tahun, anda boleh menggunakan rajah tangan seperti di bawah:


    Setelah pelajar kita memahami dan menguasai rajah tangan yang melibatkan nilai 1000, anda bolehlah melangkah ke unit yang berkaitan rajah di atas. Saya percaya para pelajar kita dapat menguasai dan mengingati nilai yang ditunjukkan di atas dengan cepat setelah faham kaedah ini.
     Sebagai pengayaan, anda bolehlah menambah penukaran unit menggunakan jari ini bagi topik jam & minit serta minit & saat. Pastikan bagi topik ini, nilai bagi jari yang ditambah membawa nilai 60. Contohnya: a)10 jari-setiap satu jari nilainya ialah 6 minit/saat.  b) 6 jari- setiap jari nilainya 10 minit/saat.
     Semoga entri ini membantu anda untuk menjimatkan masa para pelajar menukar unit-unit yang berkaitan dengan pantas. InsyaAllah, pada entri yang berikutnya saya akan menunjukkan bagaimana kaedah menukar unit sekiranya melibatkan Nombor Bercampur (Mixed Number). Sampai berjumpa lagi....

'MIRACLE FINGERS' INOVASI TERKINI

'Miracle Fingers' adalah inovasi terbaharu yang saya gunakan dalam P&P bagi mendapatkan jawapan tukarkan unit yang melibatkan pecahan dengan pantas. 'Miracle Fingers' adalah kaedah mendapatkan jawapan secara spontan dengan hanya menggunakan jari. Kaedah ini amat sesuai dipraktikkan untuk menjawab soalan di dalam kertas 1 kerana tidak perlu menunjukkan jalan kiraan untuk menjawab soalan.

         Kaedah ini boleh diaplikasikan di dalam 5 topik sekali gus iaitu ukuan panjang, timbangan berat, isipadu cecair, masa dan waktu serta peratus. Jika sebelum ini kebanyakan murid terpaksa mengira melalui pengiraan langkah demi langkah, tetapi melalui kaedah ini murid hanya perlu melihat jari dan terus menyebut jawapan dengan pantas. Di bawah ini saya sertakan contoh untuk lebih difahami. Anda boleh mencubanya kepada setiap orang dan lihat hasilnya.

Kebiasaanya, murid akan menggunakan kaedah biasa ini bagi menjawab soalan seperti yang dikemukakan. Masa yang diperlukan sudah pasti agak lama dan kemungkinan melebihi 90 saat yang diperuntukkan bagi menjawab 1 soalan di dalam kertas 1.

Berdasarkan soalan, kita hanya perlu melihat penyebut (denominator) bagi soalan tersebut. Contohnya, bagi soalan di atas, penyebutnya adalah 5, maka kita perlu menggunakan 5 jari sahaja. Nilai bagi setiap jari adalah 200.
Langkah seterusnya, lihat pengangka (numerator) pada soalan tersebut. Bagi soalan ini, pengangkanya adalah digit 3. Jadi, kita cuma gunakan 3 jari sahaja untuk mendapatkan jawapan. Jumlahkan nilai ketiga-tiga jari tersebut dan anda akan dapat jawapannya iaitu 600 g. Begitu mudah untuk mendapatkan jawapan iaitu kurang daripada 5 saat!!!

Apa yang perlu anda lakukan sebagai langkah permulaan adalah menghafal nilai bagi setiap jari seperti rajah di bawah ini.


PRAKTIKKANNYA SEKARANG DAN LIHAT HASILNYA....Sekian.




JOHAN GURU INOVATIF 2012 (KATEGORI KUMPULAN)

Alhamdulillah...rezeki daripada Allah Taala. Jabatan Pelajaran Pahang telah menilai bahan inovasi saya dan dua orang rakan minggu lepas seterusnya telah menabal hasil inovasi ini sebagai Johan dan akan mewakili Pahang ke peringkat Kebangsaan. Inovasi ini dinamakan 'Miracle Fingers' kerana kami hanya menggunakan jari untuk menukarkan unit dalam bentuk pecahan kepada bentuk nombor bulat.

   Setelah dinilai...apa yang pasti, inovasi ini begitu efektif dan kos pembinaannya begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan BBM yang lain seperti carta. Oleh itu, saya amat berharap agar ilmu dan ilham yang diberikan oleh Allah Taala ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua orang terutamanya guru-guru Matematik seluruh negara untuk disebarkan kepada klien (anak murid) kita.

   Saya akan tunjukkan teknik ini dalam entri yang berikutnya. Hingga berjumpa lagi.

PERTANDINGAN GURU INOVASI KPM 2012

Alhamdulillah, pada tahun ini saya berpeluang sekali lagi untuk menyertai Pertandingan Guru Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012. Pada penyertaan kali ini, saya telah menyertai pertandingan bagi kategori kumpulan bersama rakan-rakan guru Matematik di SK Maran iaitu En. Azmi Rahim dan En. Rahim Hassan.
     Berdasarkan masalah yang menghantui murid-murid untuk menukarkan pecahan bagi unit-unit tertentu di dalam beberapa topik, kami telah menemui penyelesaian yang amat berkesan. Respon yang baik daripada murid-murid serta para guru, telah mendorong kami untuk menghantar penyertaan bagi tahun 2012.
       Inovasi terbaru ini akan saya masukkan di dalam entri yang akan datang.

SINAR 2012 MENJELMA

Selamat bertemu kembali kepada semua pengikut laman blog ini. Telah lama saya tidak memasukkan entri berkaitan perkembangan terkini dan info berkaitan Matematik. Kekangan masa dan beberapa masalah yang timbul telah menghalang untuk saya memasukkan entri-entri terbaru.
InsyaAllah, ruang masa yang ada sekarang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk berkongsi info berkaitan inovasi dan Matematik dengan anda semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers