Penukaran Unit Pecahan Bercampur (Miracle Fingers)

Maaf atas kelewatan entri ini..

Salah satu sebab murid tidak dapat menjawab dengan cepat adalah kerana teknik menjawab kaedah pengiraan secara langkah demi langkah diamalkan. Mereka tidak mengaplikasikan kaedah congak atau teknik-teknik lain yang lebih cepat.

Di sini saya sisipkan gambar bagi mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahan bercampur. Harap dapat dimanfaatkan.

CONTOH SOALAN


 
Langkah 1

Anda hanya perlu menurunkan/menulis nombor bulat tanpa menambah apa-apa. Seperti gambar di bawah.

   

Langkah 2

Seterusnya, lihat pada nilai pecahan. Berdasarkan pecahan, pengangka adalah 5, jadi keluarkan 5 jari yang diwakili 200 ml bagi 1 jari. Penyebut bagi pecahan adalah 3, jadi tutupkan 2 jari. Nilai jari yang tinggal adalah 600ml. Tuliskan nilai itu di sebelah angka 4 yang ditulis pada langkah 1.

 Langkah 3

Jadi, nilai yang ditulis adalah jawapan bagi soalan yang telah dikemukakan.
SELAMAT MENCUBA...




 



 



KAEDAH BAHAGI BERPALANG

Assalamualaikum...

Bagi entri kali ini, saya ingin berkongsi kaedah terbaharu yang saya gunakan bagi operasi bahagi. Kaedah ini saya cipta pada tahun lepas dan telah diuji pada murid yang 'lemah'. Selepas 2 kali saya tunjukkan cara, murid ini telah dapat mengaplikasikannya dengan baik sekali. 
   Sehingga hari ini saya masih menggunakan kaedah ini pada murid-murid kelas belakang kerana mereka lebih memahami dan jelas. Namun begitu, bagi murid-murid yang cemerlang..lebih baik menggunakan kaedah 'short division' atau 'elimination method' kerana lebih praktikal dan cepat. 

Langkah 1:
   
     Seterusnya:
Seterusnya :

Akhirnya:


   Anda boleh mencuba kaedah ini sebagai alternatif kepada murid yang kurang menguasai kaedah pengiraan bahagi secara bentuk lazim biasa. SELAMAT MENCUBA...

SIJIL JOHAN GURU INOVATIF 2012 (KATEGORI KUMPULAN)


Kelmarin, satu majlis ringkas penyampaian sijil kepada para pemenang inovasi mengikut kategori masing-masing diadakan selepas pembentangan kepada pegawai-pegawai JPN Pahang. Pembentangan bertujuan untuk pemurnian dan persediaan sebelum dihantar penyertaan ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
   Harapan yang tinggi diletakkan kepada semua wakil negeri Pahang agar membawa kejayaan di peringkat kebangsaan. Moga ada rezeki untuk kami semua nanti membawa kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama negeri Pahang..InsyaAllah.

'MIRACLE FINGERS' INOVASI TERKINI (sambungan)

Penggunaan 'Miracle Fingers' tidak terhad kepada penukaran unit melibatkan nilai 1000 sahaja. Ianya boleh dikembangkan kepada nilai 100, 60 dan sebagainya. Penukaran unit melibatkan pecahan bagi peratus, meter-cm & abad-tahun, anda boleh menggunakan rajah tangan seperti di bawah:


    Setelah pelajar kita memahami dan menguasai rajah tangan yang melibatkan nilai 1000, anda bolehlah melangkah ke unit yang berkaitan rajah di atas. Saya percaya para pelajar kita dapat menguasai dan mengingati nilai yang ditunjukkan di atas dengan cepat setelah faham kaedah ini.
     Sebagai pengayaan, anda bolehlah menambah penukaran unit menggunakan jari ini bagi topik jam & minit serta minit & saat. Pastikan bagi topik ini, nilai bagi jari yang ditambah membawa nilai 60. Contohnya: a)10 jari-setiap satu jari nilainya ialah 6 minit/saat.  b) 6 jari- setiap jari nilainya 10 minit/saat.
     Semoga entri ini membantu anda untuk menjimatkan masa para pelajar menukar unit-unit yang berkaitan dengan pantas. InsyaAllah, pada entri yang berikutnya saya akan menunjukkan bagaimana kaedah menukar unit sekiranya melibatkan Nombor Bercampur (Mixed Number). Sampai berjumpa lagi....

'MIRACLE FINGERS' INOVASI TERKINI

'Miracle Fingers' adalah inovasi terbaharu yang saya gunakan dalam P&P bagi mendapatkan jawapan tukarkan unit yang melibatkan pecahan dengan pantas. 'Miracle Fingers' adalah kaedah mendapatkan jawapan secara spontan dengan hanya menggunakan jari. Kaedah ini amat sesuai dipraktikkan untuk menjawab soalan di dalam kertas 1 kerana tidak perlu menunjukkan jalan kiraan untuk menjawab soalan.

         Kaedah ini boleh diaplikasikan di dalam 5 topik sekali gus iaitu ukuan panjang, timbangan berat, isipadu cecair, masa dan waktu serta peratus. Jika sebelum ini kebanyakan murid terpaksa mengira melalui pengiraan langkah demi langkah, tetapi melalui kaedah ini murid hanya perlu melihat jari dan terus menyebut jawapan dengan pantas. Di bawah ini saya sertakan contoh untuk lebih difahami. Anda boleh mencubanya kepada setiap orang dan lihat hasilnya.

Kebiasaanya, murid akan menggunakan kaedah biasa ini bagi menjawab soalan seperti yang dikemukakan. Masa yang diperlukan sudah pasti agak lama dan kemungkinan melebihi 90 saat yang diperuntukkan bagi menjawab 1 soalan di dalam kertas 1.

Berdasarkan soalan, kita hanya perlu melihat penyebut (denominator) bagi soalan tersebut. Contohnya, bagi soalan di atas, penyebutnya adalah 5, maka kita perlu menggunakan 5 jari sahaja. Nilai bagi setiap jari adalah 200.
Langkah seterusnya, lihat pengangka (numerator) pada soalan tersebut. Bagi soalan ini, pengangkanya adalah digit 3. Jadi, kita cuma gunakan 3 jari sahaja untuk mendapatkan jawapan. Jumlahkan nilai ketiga-tiga jari tersebut dan anda akan dapat jawapannya iaitu 600 g. Begitu mudah untuk mendapatkan jawapan iaitu kurang daripada 5 saat!!!

Apa yang perlu anda lakukan sebagai langkah permulaan adalah menghafal nilai bagi setiap jari seperti rajah di bawah ini.


PRAKTIKKANNYA SEKARANG DAN LIHAT HASILNYA....Sekian.




JOHAN GURU INOVATIF 2012 (KATEGORI KUMPULAN)

Alhamdulillah...rezeki daripada Allah Taala. Jabatan Pelajaran Pahang telah menilai bahan inovasi saya dan dua orang rakan minggu lepas seterusnya telah menabal hasil inovasi ini sebagai Johan dan akan mewakili Pahang ke peringkat Kebangsaan. Inovasi ini dinamakan 'Miracle Fingers' kerana kami hanya menggunakan jari untuk menukarkan unit dalam bentuk pecahan kepada bentuk nombor bulat.

   Setelah dinilai...apa yang pasti, inovasi ini begitu efektif dan kos pembinaannya begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan BBM yang lain seperti carta. Oleh itu, saya amat berharap agar ilmu dan ilham yang diberikan oleh Allah Taala ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua orang terutamanya guru-guru Matematik seluruh negara untuk disebarkan kepada klien (anak murid) kita.

   Saya akan tunjukkan teknik ini dalam entri yang berikutnya. Hingga berjumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers