KONGSI ILMU

KAEDAH 1

Operasi tolak adakalanya memberikan masalah kepada murid yang lemah. Setiap operasi tolak perlu menggunakan jari bagi mendapatkan jawapan. Oleh yang demikian, masa untuk yang diambil agak lama bagi menyelesaikan sesuatu soalan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu kaedah yang lebih efektif dan pantas  untuk mendapatkan jawapan bagi soalan penolakan.
 Kaedah yang biasa digunakan agak lambat dan sesetengah pelajar akan menggunakan jari bagi mendapatkan jawapan.

Penyelesaiaannya....guna kaedah 'Sistem Pasangan 10' yang lebih mudah.
Caranya: 
1) Cari pasangan bagi nombor soalan di bawah supaya menjadi 10. 
2) Pasangan yang telah di dapati ditambahkan dengan nombor yang di atas.
Oleh yang demikian, operasi tolak ini dapat dijawab dengan cara menambah. Bagi pelajar, menambah lebih mudah dan cepat berbanding menolak.

Selamat Mencuba!


###############################################################################

KAEDAH 2


Sesetengah pelajar agak lemah mengingati formula-formula Matematik yang diberikan kepada mereka. Mereka kurang berminat menghafal dan memahami konsep. Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran adalah menggunakan diagram atau gambar rajah. Penggunaan diagram akan lebih memudahkan mereka memahami konsep dan kaedah.
Bagi soalan yang melibatkan shape and space , gambarajah segitiga berikut boleh digunakan:

Bagaimana menggunakan rajah ini?
1. Pastikan setiap pelajar dapat melukis rajah tersebut dengan tepat.
2. Lihat soalan yang dikemukakan, pastikan apakah kehendak soalan. Contohnya:
Kehendak soalan ialah breadth (lebar) bagi rajah tersebut. 

3. Tutup huruf dan simbol operasi berdasarkan soalan yang dikemukakan.

 Oleh itu, tutup huruf 'B' dan formula yang kelihatan adalah A / L (area divide length).
4. Akhirnya, cari jawapan berdasarkan formula yang kelihatan.

Selamat Mencuba!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers