Ralat

Perhatian kepada tuan2 & puan2 yang telah membuat pesanan untuk membeli Buku 123 Box & MMT.

Diharapkan anda dapat menghubungi saya semula kerana alamat anda telah ter'delete'. Telefon bimbit saya telah diformat semula menyebabkan semua maklumat telah terpadam.

Segala kesulitan amat dikesali.

Majlis Perasmian Penyebaran Inovasi 123 Box Peringkat Negeri Pahang




       Tanggal 13 Mei 2011, satu majlis Perasmian Penyebaran Inovasi Matematik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Negeri Pahang telah diadakan. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En. Yahya bin Zainal Abidin telah merasmikan majlis tersebut yang diadakan di SK Serengkam, Maran. Majlis ini diadakan bagi mengangkat dan mengiktiraf kejayaan Inovasi 123 Box yang telah berjaya sebagai Johan Inovasi Matematik Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2010. 
        Pada majlis tersebut, saya telah diberi kesempatan untuk menyampaikan taklimat berkaitan bahan inovasi tersebut kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Pahang, PPD seluruh negeri Pahang dan Jurulatih Utama Matematik Negeri Pahang.
       Semoga inovasi ini memberi manfaat kepada semua murid khususnya di negeri Pahang dan dapat meningkatkan prestasi Matematik secara keseluruhannya.

CONTOH PENGIRAAN MENGGUNAKAN KAEDAH 123 BOX

Terdapat banyak pertanyaan daripada guru-guru Matematik serta penjaga yang berminat untuk mengetahui bagaimana kaedah pengiraan yang telah dijadikan asas dalam inovasi ini. Namun perlu diingatkan bahawa kaedah yang digunapakai ini amat sesuai dan bermakna kepada murid-murid yang lemah dalam penukaran unit. Kita tidak bimbangkan murid yang cemerlang kerana mereka adakalanya mempunyai idea yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu soalan.

Di sini saya tunjukkan penggunaan kotak 1-1 Box untuk menyelesaikan soalan melibatkan topik time.


Apabila murid telah memahami kaedah ini untuk beberapa ketika, akhirnya mereka akan dapat menguasai kaedah dan dapat menyelesaikan soalan tanpa perlu melukis kotak tetapi sebalik hanya menggunakan jari. Penggunaan jari ada dijelaskan di dalam Buku Cemerlang Matematik Menggunakan Kaedah 123 Box & MMT yang dijual.

Peringkat menjawab soalan dengan cara melukis kotak dinamakan sebagai Tahap Pengenalan. Pada Tahap ini murid perlu memahami kotak, unit di dalam setiap kotak dan kaedah memasukkan nombor di dalam setiap bahagian kotak. Kemudian, murid akan memasuki fasa Pemahaman dan seterusnya fasa Penguasaan iaitu menukar unit menggunakan jari! DAPATKAN SEGERA BUKU & CD TEKNIK INI DENGAN HARGA HANYA RM10 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN RM5). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers