'MIRACLE FINGERS' INOVASI TERKINI (sambungan)

Penggunaan 'Miracle Fingers' tidak terhad kepada penukaran unit melibatkan nilai 1000 sahaja. Ianya boleh dikembangkan kepada nilai 100, 60 dan sebagainya. Penukaran unit melibatkan pecahan bagi peratus, meter-cm & abad-tahun, anda boleh menggunakan rajah tangan seperti di bawah:


    Setelah pelajar kita memahami dan menguasai rajah tangan yang melibatkan nilai 1000, anda bolehlah melangkah ke unit yang berkaitan rajah di atas. Saya percaya para pelajar kita dapat menguasai dan mengingati nilai yang ditunjukkan di atas dengan cepat setelah faham kaedah ini.
     Sebagai pengayaan, anda bolehlah menambah penukaran unit menggunakan jari ini bagi topik jam & minit serta minit & saat. Pastikan bagi topik ini, nilai bagi jari yang ditambah membawa nilai 60. Contohnya: a)10 jari-setiap satu jari nilainya ialah 6 minit/saat.  b) 6 jari- setiap jari nilainya 10 minit/saat.
     Semoga entri ini membantu anda untuk menjimatkan masa para pelajar menukar unit-unit yang berkaitan dengan pantas. InsyaAllah, pada entri yang berikutnya saya akan menunjukkan bagaimana kaedah menukar unit sekiranya melibatkan Nombor Bercampur (Mixed Number). Sampai berjumpa lagi....

4 comments:

  1. salam. ingin bertanya. sudah keluarkah entri mengenai kaedah menukar unit melibatkan nombor bercampur menggunakan kaedah miracle fingers ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri penukaran unit melibatkan pecahan nombor bercampur telah dimasukkan. Maaf sebab terlalu lewat..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cikgu ape beza kaedah mf yg nila pecahan bwh & bila masa utk guna:
    1) 10=10, 10=100
    2) 4=25, 4=250
    3) 8=12.5 8=125
    Mohon pencerahan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers